Monday, November 14, 2011

Maha Adil - Intipati Keadilan Allah

Maksud Allah bersifat Al-'Adlu

Maksud 'Adil ialah: Meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai.
Maksud Allah bersifat Maha Adil ialah: Allah Maha Adil dalam semua perkara. Keadilan Allah adalah MUTLAK, tiada siapa yang boleh menyanggahNya.



Tanda-tanda Allah SWT bersifat adil

1. Kejadian Manusia

  • Kejadian manusia yang sempurna dan masing-masing mempunyai kemahiran tersendiri. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ini membuktikan Allah itu Maha adil. Sebagai contohnya, walau pun seseorang itu buta, tidak nampak dengan mata fizikal, namun mereka dijadikan Allah dengan sifat terang mata hati. Allah tidak membebankan mereka yang cacat dengan tugas dan tanggungjawab orang yang sempurna.
  • Kedudukan segala anggota manusia  dicipta Allah sesuai dengan fungsinya untuk kebaikan manusia. Contohnya  : hati dan jantung yang merupakan organ penting diletakkan di dalam kerangka yang kukuh dengan dikelilingi tulang, daging dan kulit untuk keselamatan manusia.

2. Iklim

  • Keadilan Allah teserlah melalui ciptaan muka bumi dengan  pelbagai iklim yang sesuai dengan keperluan setempat. Contohnya penduduk di iklim khatulistiwa menjasdikan nasi sebagai makanan asasi mereka kerana iklim dan muka bumi mereka sesuai utk tanaman padi.  Manakala roti menjadi makanan asasi bagi penduduk di kawasan medeterenean kerana iklim & mukabumi mereka sesuia utk tanaman gandum

3. Hukum dan Peraturan

  • Semua hukum dan peraturan  yang ditetapkan Allah kepada manusia  adalah adil & saksama untuk mewujudkan keadilan &  kesejahteraan hidup manusia & masyarakat. Contohnya : Allah mewajibkan orang kaya mengeluarkan zakat dan orang miskin pula  berhak menerima zakat.


      Ciri-ciri orang yang bersifat adil 

      1. Diri sendiri 
      • Menggunakan nikmat pancaindera (akal, penglihatan,.pendengaran, tangan & kaki) dgn cara terbaik 
      • Menunaikan hak diri sendiri seperti : menetapkan masa bekerja/belajar, beribadat, beriadah & berehat 
       
      2. Masyarakat
      • Membuat suatu keputusan setelah  menyiasat dan mendengar alasan
      • Menggunakan harta awam dengan cermat dan teliti
      • Berlaku adil dengan orang lain tanpa memandang pangkat atau status mereka
        3. Negara
        • Menggunakan kemahiran untuk membangun tamaddun yang gemilang
        • Memelihara kestabilan ekonomi dengan perbelanjaan berhemah

        Kesan Melaksanakan Sifat Adil
        • Negara aman dan tenteram
        • Sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt
        • Akan dihormati dan disegani oleh orang lain
        • Masyarakat hidup bersatu padu

        Akibat Tidak Berlaku Adil
        • Kehidupan yang sentiasa bergolak dan tidak aman
        • Berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat 
        • Mendapat kemurkaan Allah swt
        • Kestabilan ekonomi negara tergugat
        • Keharmonian masyarakat majmuk terhakis
        • Tidak mendapat penghormatan daripada orang lain